• SPECIAL OFFER HARI INI !! PERCUMA TRIAL TONER DENGAN PEMBELIAN RM150 KEATAS SHOP NOW !
icon-search

JERAWAT

JERAWAT

APA ITU JERAWAT DAN PUNCANYA

Apa itu Jerawat ?

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.  Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang  teruk.  Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa.

Jenis Jerawat

1) Jerawat Papula

Ia merupakan jerawat blackhead yang menjadi radang kerana tidak dirawat dan dijangkiti bakteria. Ia membentuk benjolan merah atau merah muda pada kulit.

Jerawat ini sangat sensitif kepada sentuhan. Memicitnya akan membuatkan keradangan menjadi lebih teruk dan mengakibatkan parut. 

2) Pustule

Jerawat ini berlaku apabila bintik merah meradang dan tidak diubati dan akan kelihatan jerawat bernanah sama ada berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat matang.

Elakkan daripada memicit atau meremas jerawat ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan parut dan masalah jerawat yang semakin kronik.

3) Nodule

Jenis jerawat ini dikenali sebagai jerawat batu. Keadaan jerawat ini adalah besar dan terdapat benjolan meradang. Jerawat ini boleh berlaku apabila liang pori tersumbat dan bakteria sudah masuk ke lapisan paling bawah. Selalunya jerawat ini adalah serius sekiranya tidak dirawat. 

Punca Jerawat berlaku ?

Tiada sesiapa yang menyukai jerawat, kerana kemunculannya membuatkan seseorang hilang rasa yakin pada diri. Terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan wujudnya jerawat.

1) Stress

Tekanan sebenarnya boleh menjadi punca muka berjerawat. Badan yang mengalami tekanan akan berdepan dengan kemerosotan fungsi badan dan akhirnya mencetuskan jerawat.

Bahan kimia yang dilepaskan ketika tekanan, neuropeptides, akan menjadikan masalah jerawat semakin kronik. 

2) Kelenjar Sebum

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh perubahan hormon, di mana kelenjar sebum menjadi aktif dan mengeluarkan sebum dalam jumlah yang banyak. Akhirnya akan menyebabkan pembentukan jerawat. Memiliki kulit muka jenis berminyak juga boleh menjadi penyebab munculnya jerawat.

3) Jangkitan Kuman

Apabila sebum yang terhasil terlalu banyak, ia cenderung untuk menyekat atau menutup liang pori. Situasi ini akan menyebabkan pengumpulan bakteria yang akhir menjadi punca jerawat. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah keradangan kulit.

4) Penggunaan Alat Kosmetik Tidak Bersih

Walaupun alat solekan yang digunakan itu adalah milik persendirian dan tidak bercampur dengan individu lain, anda tetap perlu mencuci alat solekan yang digunakan seperti berus mekap atau sponge. 

Ini kerana alat solekan yang tidak dijaga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria sekali gus mengakibatkan jerawat. Jadi, sebulan sekali, cuci dan bersihkan segala alat solek yang kerap anda gunakan.

5)Kerap Memicit Jerawat

Perasan tak apabila anda memicit jerawat, tak lama kemudian sure muncul jerawat dekat bahagian lain? Macam magic. Tapi sebenarnya tabiat begini tidak digalakkan, apatah lagi ia meningkatkan risiko untuk munculnya parut jerawat. Elakkan dari memicit jerawat. Takut nanti makin merebak dan banyak pula jerawat yang muncul.

6)Persekitaran Yang Tercemar

Di persekitaran anda sebenar terdapat kotoran dan debu yang turut boleh menjadi punca muka berjerawat. Ditambah pula dengan keadaan muka yang berminyak, sudah tentu ia akan memburukkan lagi keadaan. 

Solusi Terbaik Merawat Jerawat

Type of Skin Final (Amend)-03


Ramai yang telah berjaya miliki kulit wajah diinginkan selepas menggunakan Bougas Beauty


SAPU2 JER DAH CANTIK (6) SAPU2 JER DAH CANTIK (5)

SAPU2 JER DAH CANTIK (3) SAPU2 JER DAH CANTIK (2)

Jom dengar apa kata mereka yang telah menggunakan Bougas Beauty




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping